[Dr. Cosmo] Syarikat Dr. Cosmo, pengeluar peralatan rawatan elektroterapi yang meringankan gejala-gejala sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik.

  • 日本語
  • 中文
  • Melayu
  • English
Halaman utama
Halaman utama > Mengenai peralatan rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi

Mengenai peralatan rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi

Rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi

Apakah rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi?

“Rawatan fizikal” merupakan rawatan pemulihan pelbagai gejala yang menggunakan tenaga fizikal seperti haba, gelombang bunyi, air, eletrik dan cahaya. Rawatan seperti urut, pemanas, rawatan laser, rawatan infrared dan mandi kolam air panas merupakan contoh-contoh rawatan fizikal. Rawatan fizikal banyak digunakan di klinik. Rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi juga merupakan salah satu daripada rawatan fizikal dimana ia menggunakan voltan tinggi untuk melegakan gejala-gejala seperti sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik.

Medan elektrik yang membaluti badan

Penggunaan voltan tinggi bukanlah merujuk kepada mengalirkan arus elektrik ke dalam badan. Rawatan dijalankan dengan membaluti seluruh badan dengan medan elektrik yang dihasilkan oleh mesin terapi bervoltej tinggi.

Medan elektrik akan terhasil jika adanya kuasa elektrik. Walaupun dianya tidak dapat dirasai, ia akan terhasil sekiranya terdapat kuasa voltan. Medan elektrik bukan sahaja terhasil berhampiran wayar elektrik dan barangan elektrik, malah medan elektrik yang luas boleh terhasil antara kilat, awan dan tanah. Dengan ini, medan elektrik sebenarnya terhasil secara semulajadi dalam dunia yang penuh dengan elektrik.

<<Hipotesis rangsangan rawatan terapi elektrik>>

Keberkesanan dipercayai berdasarkan konsep dimana telah disahkan bahawa apabila arus elektrik digunakan kepada manusia, bulu pada badan akan bergerak dan merangsang kulit, serta meningkatkan suhu kulit dan ini mencetuskan “Arus eletrik akan merangsang deria sentuhan dan rasa, seterusnya menggalakkan peredaran darah dan fungsi kawal selia badan”

Lihat secara terperinci mengenai alat rawatan terapi elektrik.

  • IO 9000
  • PRO 9000
  • SE14000
  • EVA
  • Tilam neodimium
  • Produk baru sedang dibangunkan

Sejaran rawatan terapi elektrik

Tidak boleh direalisasikan tanpa elektrik!
Kepentingan elektrik yang terkandung dalam badan

Kuasa elektrik merupakan elemen yang biasa dalam kehidupan seharian. Ianya boleh dikatakan ada dimana mana walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, elektrik dan badan manusia tidak boleh dipisahkan. Malah, kuasa elektrik dalam badan manusia memainkan peranan yang sangat penting.

Sebagai contoh, saraf. Sistem saraf merupakan sistem komunikasi yang jauh lebih hebat dari komputer berpotensi tinggi, berfungsi menghantar pelbagai maklumat dalam masa yang sama. Penyampaian dan penerimaan maklumat dari saraf ke saraf dihantar menggunakan kuasa elektrik.

Elektrik juga berkait rapat dengan jantung manusia. Tindakan elektrik menghasilkan pam semulajadi untuk pengembangan dan penguncupan jantung yang betul, membolehkan darah dihantar ke seluruh badan. Tindakan elektrik dalam pergerakan jantung boleh dilihat melalui elektrokardiogram, yang diketahui umum.

Rawatan elektrik bermula sejak S.M.

Idea rawatan elektrik telah bermula sejak zaman dahulu. Seorang doktor dari Grik, Etos telah menggunakan terapi elektrik menggunakan belut untuk mengubati penyakit gout, 2500 tahun dahulu.

Rawatan menggunakan elektrik kemudiannya di cuba melalui pelbagai cara dalam perubatan tadisional dan kebelakangan ini penyelidikan secara teliti dimulakan. Bermula dengan penemuan elektrik oleh Bapa elektrik, William Gilbert (1540-1603) dan penemuan kilat sebagai kuasa elektrik oleh Benjamin Franklin (1706-1790), pelbagai penyelidikan mengenai elektrik telah dibuat, membawa kepada kemajuan dalam rawatan elektrik.

Terapi elektrik Jepun diasaskan oleh Ginnai Hiraga

Alat terapi elektrik yang pertama di reka oleh Ginnai Hiraga (1728-1779), seorang pencipta di zaman Edo ialah “Erekiteru”. Ginnai menggunakan konsep geseran dan elektrostatik dalam penghasilan terapi elektrik. Pada zaman akhir Edo, Shozan sakuma/Eiketsu (1811-1864) juga mereka mesin terapi elektrik.

Pelbagai terapi elektrik

・Rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi
Gejala-gejala seperti sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik boleh dilegakan dengan rawatan terapi elektrik bervoltej tinggi.

Selain dari itu, terdapat juga terapi gelombang berfrekuensi rendah, terapi gelombang pendek dan terapi gelombang berfrekuensi tinggi.

【Khidmat pelanggan】Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai produk dan kihidmat nasihat kesihatan badan.+65-6271-3317 Panggilan diterima: 10:0017:00 (Tidak termasuk sabtu, ahad dan cuti umum) Pertanyaan melalui emel Rakyat Malaysia Rakyat Singapura dan kawasan-kawasan lain