Syarikat kami menguruskan maklumat maklumat peribadi yang diterima dari para pelanggan berdasarkan polisi- polisi dibawah.
- Syarikat kami mematuhi “Garis panduan yang bertepatan dengan bidang ekonomi, perdagangan dan industri” yang ditetapkan di bawah Akta perlindungan maklumat peribadi, penguatkuasaan undang-undang dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
- Maklumat peribadi yang diterima dari para pelanggan atau yang dikumpul sendiri oleh pihak kami hanya digunakan untuk urusan syarikat dengan para pelanggan serta penyediaan perkhidmatan dan panduan syarikat sahaja.
- Syarikat kami memastikan maklumat peribadi para pelanggan tidak dicerobohi oleh atau terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyimpan maklumat pelanggan dibawah pengurusan pada tahap keselamatan yang tinggi.
- Syarikat kami ada mengamanahkan maklumat pelanggan kepada pihak luar. Untuk kes seperti ini, kami memastikan maklumat tersebut tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memeterai perjanjian dimana maklumat tersebut di letakkan dibawah penjagaan maklumat sulit dan selamat serta mengadakan pemeriksaan terhadap keselamatan pengurusan maklumat-maklumat tersebut.
- Syarikat kami akan memperbaiki polisi privasi dan peraturan seumpamanya sekiranya diperlukan, mengadakan pemeriksaan ke atas pengendalian maklumat serta melatih para pekerja kami untuk memastikan maklumat para pelanggan dikendalikan dengan baik.
- Sekiranya kami menerima sebarang permintaan dari pelanggan berkenaan pendedahan, pembetulan, pemberhentian penggunaan seta penghapusan maklumat, syarikat kami akan bertindak dengan sewajarnya bagi menghormati kehendak pelanggan tersebut.
Disemak:22/10/2010