[Dr. Cosmo] Syarikat Dr. Cosmo, pengeluar peralatan rawatan elektroterapi yang meringankan gejala-gejala sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik.

  • 日本語
  • 中文
  • Melayu
  • English
Halaman utama
Halaman utama > Maklumat produk > IO 9000

IO 9000

Masa untuk menikmati muzik dan video melalui rawatan terapi elektrik

Nombor sijil peralatan perubatan
21600BZZ00545000

Memperkenalkan muzik dan video bagi, bersesuaian dengan rawatan terapi elektrik yang berprestasi tinggi.
Dengan rekabentuk yang nipis, masa santai boleh dinikmati tanpa mengira masa dan ruang.

Ciri-ciri

Melegakan gejala-gejala sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik.

Melegakan gejala-gejala sakit kepala, sakit bahu, insomnia dan sembelit kronik dengan mengalirkan arus elektrik sehingga 9000v ke seluruh badan.

<<Hipotesis rangsangan rawatan terapi elektrik>>

Keberkesanan dipercayai berdasarkan konsep dimana telah disahkan bahawa apabila arus elektrik digunakan kepada manusia, bulu pada badan akan bergerak dan merangsang kulit, serta meningkatkan suhu kulit dan ini mencetuskan “Arus eletrik akan merangsang deria sentuhan dan rasa, seterusnya menggalakkan peredaran darah dan fungsi kawal selia badan”

Dilengkapi fungsi suis kerap

Mempunyai fungsi pensuisan yang kerap, dilengkapi dengan fungsi seperti gelombang yang boleh ditukar dan menu α.

Tiga mod rawatan boleh dipilih

Mod seluruh badan

(1) Mod rawak: Voltan antara 1000-9000v ditukar secara rawak.
(2) Mod mudah: Voltan dari 1000v dinaikkan sebanyak 100v secara berperingkat, diulang selepas 5 minit.
(3) Mod manual: Voltan antara 1000~9000v boleh dipilih dan digunakan berterusan.

Mod bahagian tertentu

Rawatan ditumpukan dibahagian tertentu seperti bahu dan leher dengan menggunakan pen elektronik yang disediakan.
Aliran elektrik yang di ON/OFF setiap 5 saat membolehkan rawatan yang fleksibel.
Voltan antara 800-1500v boleh ditetapkan dengan menggunakan pemasa selama 15 minit.

Mod lembut

Sekiranya disambungkan ke tikar "Dr. Sleep", rawatan tenaga selama 1-8 jam boleh diperolehi.
Voltan ditetapkan pada 800v, sesuai untuk individu yang tidak dapat menerima arus elektrik yang kuat.

Mod α

Dengan menambahkan mod α, arus elektrik akan mengalir selama 10 kali dalam masa sesaat.

Mod keseluruhan

・4 gelombang akan berubah bagi setiap 5 minit.
・Kekerapan akan berubah antara 40Hz - 70Hz.

Mudah dikendali oleh warga tua!

Panel Kendalian&skrin LCD

Panel kendalian yang besar dah mudah dilihat serta aturan kendalian tertera di skrin LCD yang mudah difahami membolehkan pengguna kali pertama dan warga tua mengendalikan secara mudah.

Panel Kendalian&skrin LCD

Mudah dikendalikan dari jarak jauh

Alat penguji kawalan jarak jauh bersepadu

Alat kawalan jarak jauh yang membolehkan pengendalian walaupun berjauhan dari mesin, disatukan bersama alat penguji bagi memudahkan untuk disimpan.

Alat penguji kawalan jarak jauh bersepadu

Mari pilih video kegemaran!

Membolehkan paparan skrin yang diingini

Semasa rawatan, skrin LCD boleh memaparkan gambar yang dipilih dari 6 jenis model.

Membolehkan paparan skrin yang diingini

Beristirehat sambil mendengar muzik♪

Dilengkapi pemain CD berprestasi tinggi

Bagi memenuhi kehendak individu yang “mendengar muzik sambil bersantai”, ia dilengkapi dengan pemain CD. Rawatan dan hobi boleh dilaksanakan secara serentak.

Dilengkapi pemain CD berprestasi tinggi

Boleh ditukar ke 4 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris.

Fungsi penukaran dalam 4 bahasa

Aturan kendalian pada skrin LCD boleh ditukar dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Bahasa Korea, bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Fungsi ini menambahkan keseronokan dengan gambar imej bagi setiap negara.

Aksesori diuruskan bersama.

Dilengkapi kotak simpanan barang-barang kecil

Menyediakan kotak simpanan di bahagian belakang untu membolehkan aksesori seperti alat penguji kawalan jarak jauh bersepadu dan wayar disimpan bersama。

Dilengkapi tempat pemegang supaya mudah dialih dan dibawa.

Tempat pemegang dan fungsi pusing membolehkan rawatan tidak mengira tempat.

Dilengkapi tempat pemengang untuk membolehkan dialih dan dibawa. Dengan menggunakan fungsi pusing, arah mesin boleh ditukar, membolehkan rawatan boleh diterima tidak mengira tempat.

Aksesori

Kabel sambungan / Wayar pembekal tenaga / Alat penguji kawalan jarak jauh / Pen elektronik / Karpet tenaga / Karpet penebat

Alternatif

Dr. Sleep *Boleh didapati dalam saiz solo dan berpasangan / EVA

Karpet pemanas

Boleh digunakan bersama Dr. Cosmo
Karpet pemanas yang boleh digunakan bersama Dr. Cosmo
Kehangatan dirasa dari dalam badan!

Ciri-ciri

(1) Memanaskan badan dari dalam! (2) Jenis lembut yang mudah dan selesa!
(3) Dilengkapi peranti keselamatan berlapis! (4) Suhu boleh ditukar mengikut kehendak!
(5) Penebat haba yang baik dan menjimatkan penggunaan elektrik!

Spesifikasi IO 9000

・Kadar voltanAC220~240V
・Penggunaan kuasa36W
・Kadar kekerapan50Hz
・Voltan keluarSeluruh badan 1000~9000v
 Bahagian tertentu 15 minit tetap
 Lembut 1~8 jam
・PemasaSeluruh badan 10~60 minit
 Bahgaian tertentu 15minit tetap
 Lembut 1~8 jam
・Saiz luaranLebar 280 x tebal 240 x tinggi 525 (mm)
・Berat keseluruhan14Kg

Tempoh jaminan unit utama: 3 tahun/aksesori: 2 tahun
(Sila simpan sijil jaminan dan manual dengan baik selepas memahami isi kandungan.)

Spesifikasi karpet panas

・JenisCOD-351
・Nilai kuasaAC220~240V (50Hz) 35W
・SaizW495 x D310 x T25 (mm)
・Panjang waya2.5m
・Kawalan suhuTombol tanpa peringkat
・Elemen pemanasPemanas diliputi PVC tahan haba
・KarpeBahan permukaan PVC berkapas Bahan belakang PVC berkapas
・Tempat digunaUnutuk kegunaan dalam
・Lain-lain1 biji lampu perintis (penunjuk kuasa)
Amaran keselamatan ・Sila baca manual dengan teliti sebelum menggunakan mesin.
・Alat-alat perubatan elektronik dibawah tidak boleh digunakan bersama-sama.
-Alat elektronik yang dimasukkan kedalam badan seperti alat kawalan jantung
-Alat perubatan elektronik yang digunakan untuk membantu pernafasan seperti paru-paru buatan
-Tidak boleh digunakan bersama alat perubatan elektronik yang dipasang pada badan seperti elektrokardiogram
・Tidak boleh digunakan bersama produk rawatan yang lain.
・Tidak dibenarkan membaiki atau mengubah produk.

*Spesifikasi produk akan diubah untuk memperbaiki mutu produk tanpa di maklumkan kepada pelanggan. Harap maklum.

【Khidmat pelanggan】Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai produk dan kihidmat nasihat kesihatan badan.+65-6271-3317 Panggilan diterima: 10:0017:00 (Tidak termasuk sabtu, ahad dan cuti umum) Pertanyaan melalui emel Rakyat Malaysia Rakyat Singapura dan kawasan-kawasan lain